Jumaat, 20 September 2013

pokok semambu / daun neem

lebih dikenali dengan panggilan daun semambu, atau nama saintifiknya Azadirachta indica merupakan pohon yang kaya dengan unsur-unsur semula jadi yang digunakan dalam perubatan Ayurveda.
Rupanya unik dengan tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya yang lebih jelas dengan berwarna sedikit kekuningan. Ia juga mempunyai buah serta bunga yang berbau harum dan banyak ditemui di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan.
Bermula daripada akar, ranting, daun, bunga, buah dan bijinya mempunyai khasiat dan keistimewaan yang pelbagai.Ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat keradangan, jangkitan, demam, penyakit kulit dan masalah gigi sejak dahulu lagi. Malah, daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman.
-AMBIL GUNTING DAN GUNTING DEDAUN SEMAMBU INI.DARI TUMPUL BERTUKAR MENJADI TAJAM.cubalah..

pokok semambu - kebiasaan digunakan
untuk mengubat demam campak

PETUA MENGHALAU SEMUT

petua menghalau semut:

1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

2) Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

4) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


injit injit semut siapa sakit naik atas..
kurangkan gula dalam minuman..
lebihkan manisan dalam senyuman ..

Rabu, 22 Mei 2013

apakah kompos

Kompos merupakan bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja dan pembetul tanah. Kompos merupakan bahan utama dalam pertanian organik. Pada paling asasnya, pengomposan memerlukan sekadar menimbun buangan dikawasan luar dan menunggu bahan terurai dari enam minggu atau lebih. Kaedah pengomposan moden merupalan proses beberapa langkah, dipantau dengan teliti dengan kemasukan air, udara, dan bahan yang kaya dengan karbon dan nitrogen. Proses pengomposan dibantu dengan bahan tumbuhan disiat, menambah air dan memastikan pengudaraan yang sempurna dengan menggembur campuran secara berkala. Cacing dan fungi menguraikan bahan dengan lebih lanjut. Bakteria aerobik mengurus proses kimia dengan menukar input sebagai haba, karbon dioksida, dan amonium. Amonium diubah lebih lanjut oleh bakteria sebagai zat tumbuhan nitrite dan nitrate melalui proses nitrifikasion.
Kompos adalah kaya dengan baja. Ia digunakan di taman, hiasan laman, hortikulture, dan pertanian. Kompos itu sendiri baik bagi tanah dalam pelbagai cara, termasuk sebagai perawat tanah, baja, tambahan humus penting atau asid humik, dan sebagai racun serangga semula jadi bagi tanah. Dalam sistem eko, kompos berguna bagi pengawalan hakisan, tebus guna tanah dan anak sungai, pembinaan tanah paya, dan sebagai penutup tebus tanah . Kandungan organik bertujuan bagi pengomposan juga boleh digunakan bagi menghasilkan gasbio melalui penghadaman anaerobik. Penghadaman anaerobik kini pantas menggantikan pengomposan disesetengah tempat di dunia termasuk Europah Tengah sebagai cara kurangkitar bahan buangan organik.

di antara bahan untuk membuat baja kompos :

  • Sisa makanan buangan daripada dapur seperti kulit telur,kulit buah-buahan atau sayur-sayuran,kulit kekacang atau sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan. 
  • Sisa rumput,daun kering,habuk kayu atau pun sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi kecil(kalau rumput dan habuk kayu langsung tidak ada) 
  • Najis haiwan- sama ada najis ayam atau pun lembu atau najis haiwan ternakan(jangan terlalu banyak kerana hanya sedikit diperlukan untuk proses menguraian bakteria. 
  • Elakkan penggunaan lebihan sisa daging,ikan ,bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik perhatian serangga yang akan memakan atau mengangkut sisa makanan itu ke sarang ,atau membuat sarang mereka di situ. 
  • Air ,untuk pelembapan serta memudahkan penguraian bakteria 
Alatan yang digunakan :

  • Cangkul atau pun alatan yang sesuai untuk mengaul baja kompos itu nanti Bekas yang sesuai untuk baja kompos- terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan bekas kayu atau pun apa-apa bekas yang sesuai. kanvas atau plastik( untuk membalut ,sebagai langkah terakhir) 
 Cara-cara pembuatan :

  1. Masukan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau buh-buahan,rumput,daun kering ,habuk kayu ke dalam acuan 
  2. Masukan 1% najis ternakan dan di siram dengan air,kemudian bolehlah ditutup dengan lapisan rumput atau pun daun-daun kering 
  3. mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi .
  4. Ulanglah langkah 1 dan langkah 2 sehingga acuan penuh( sehingga 2 atau 3 kaki.Jangan lupa tutup adunan tadi dengan kanvas atau plastik 
  5. Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi di simpan.Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan.

Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.
Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan menbentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.


petani dibimbing hasilkan baja kompos - utusan.com.my

POKOK KECUBUNG

POKOK KECUBUNG

khasiat :
Bunga kecubung dihiris nipis dan dikeringkan sebelum ia dicampur dengan
tembakau untuk dihisap sebagai rokok bagi merawat penyakit lelah.
Kelopak bunga yang dikeringkan juga boleh dihisap seperti rokok bagi tujuan yang sama.
Seduhan kelopak bunga boleh diminum bagi merawat sakit jiwa.
Penggunaan luaran daun kecubung dikatakan dapat meransang pertumbuhan rambut,
melegakan kembung pada kanak kanak dan merawat sakit tulang.
Penggunaan kecubung perlu diawasi kerana kehadiran racun-racun seperti
kimia hyoscyamine, scopolamine dan atropine yang boleh menyebabkan khayal.

Ahad, 4 Mac 2012

DURIAN BELANDA

POKOK DURIAN BELANDA
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan!

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.