Rabu, 22 Mei 2013

apakah kompos

Kompos merupakan bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja dan pembetul tanah. Kompos merupakan bahan utama dalam pertanian organik. Pada paling asasnya, pengomposan memerlukan sekadar menimbun buangan dikawasan luar dan menunggu bahan terurai dari enam minggu atau lebih. Kaedah pengomposan moden merupalan proses beberapa langkah, dipantau dengan teliti dengan kemasukan air, udara, dan bahan yang kaya dengan karbon dan nitrogen. Proses pengomposan dibantu dengan bahan tumbuhan disiat, menambah air dan memastikan pengudaraan yang sempurna dengan menggembur campuran secara berkala. Cacing dan fungi menguraikan bahan dengan lebih lanjut. Bakteria aerobik mengurus proses kimia dengan menukar input sebagai haba, karbon dioksida, dan amonium. Amonium diubah lebih lanjut oleh bakteria sebagai zat tumbuhan nitrite dan nitrate melalui proses nitrifikasion.
Kompos adalah kaya dengan baja. Ia digunakan di taman, hiasan laman, hortikulture, dan pertanian. Kompos itu sendiri baik bagi tanah dalam pelbagai cara, termasuk sebagai perawat tanah, baja, tambahan humus penting atau asid humik, dan sebagai racun serangga semula jadi bagi tanah. Dalam sistem eko, kompos berguna bagi pengawalan hakisan, tebus guna tanah dan anak sungai, pembinaan tanah paya, dan sebagai penutup tebus tanah . Kandungan organik bertujuan bagi pengomposan juga boleh digunakan bagi menghasilkan gasbio melalui penghadaman anaerobik. Penghadaman anaerobik kini pantas menggantikan pengomposan disesetengah tempat di dunia termasuk Europah Tengah sebagai cara kurangkitar bahan buangan organik.

di antara bahan untuk membuat baja kompos :

  • Sisa makanan buangan daripada dapur seperti kulit telur,kulit buah-buahan atau sayur-sayuran,kulit kekacang atau sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan. 
  • Sisa rumput,daun kering,habuk kayu atau pun sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi kecil(kalau rumput dan habuk kayu langsung tidak ada) 
  • Najis haiwan- sama ada najis ayam atau pun lembu atau najis haiwan ternakan(jangan terlalu banyak kerana hanya sedikit diperlukan untuk proses menguraian bakteria. 
  • Elakkan penggunaan lebihan sisa daging,ikan ,bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik perhatian serangga yang akan memakan atau mengangkut sisa makanan itu ke sarang ,atau membuat sarang mereka di situ. 
  • Air ,untuk pelembapan serta memudahkan penguraian bakteria 
Alatan yang digunakan :

  • Cangkul atau pun alatan yang sesuai untuk mengaul baja kompos itu nanti Bekas yang sesuai untuk baja kompos- terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan bekas kayu atau pun apa-apa bekas yang sesuai. kanvas atau plastik( untuk membalut ,sebagai langkah terakhir) 
 Cara-cara pembuatan :

  1. Masukan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau buh-buahan,rumput,daun kering ,habuk kayu ke dalam acuan 
  2. Masukan 1% najis ternakan dan di siram dengan air,kemudian bolehlah ditutup dengan lapisan rumput atau pun daun-daun kering 
  3. mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi .
  4. Ulanglah langkah 1 dan langkah 2 sehingga acuan penuh( sehingga 2 atau 3 kaki.Jangan lupa tutup adunan tadi dengan kanvas atau plastik 
  5. Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi di simpan.Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan.

Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.
Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan menbentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.


petani dibimbing hasilkan baja kompos - utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan